TOKYO: Jepun dijangka membuat pengumuman hari ini mengenai kelonggaran kawalan pintu sempadan yang dilaksanakan sebelum ini bagi menangani penyebaran Covid-19.
Lapor Reuters, langkah paling ketat dalam kalangan negara kaya itu diselar oleh ahli perniagaan dan golongan pendidik.
Kira-kira 15,000 pelajar asing dinafikan hak untuk keluar negara serta golongan pekerja yang sangat diperlukan oleh negara yang menyasikan populasi yang semakin berkurangan.
Situasi itu menimbulkan amaran kekurangan buruh dan merosakkan reputasi antarabangsa Jepun.
Jepun melonggarkan pintu sempadan kepada semua bukan pemastautin negara itu sejak penghujung 2021, namun mengetatkan semula peraturan tersebut seminggu selepas penularan varian Omicron.
Antara langkah yang bakal diumumkan adalah meningkatkan jumlah individu yang dibenarkan memasuki Jepun kepada 5,000 orang sehari berbanding 3,500 orang.
Langkah itu termasuk memendekkan tempoh kuarantin daripada seminggu kepada tiga hari mengikut keadaan tertentu, seperti tahap risiko Covid-19 di negara yang dikunjungi termasuk penerimaan suntikan dos penggalak.