Jenazah Rayan mungkin dikebumi hari ini - Utusan Malaysia

Jenazah Rayan mungkin dikebumi hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RABAT: Jenazah kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut selepas terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter, Rayan Oram mungkin dikebumikan hari ini.

Keluarganya belum mengumumkan mengenai jangkaan jenazah kanak-kanak itu bakal dikebumikan, namun sumber terdekat memaklumkan ia akan dilakukan secepat mungkin.

Kematian Rayan diratapi masyarakat di seluruh dunia termasuk para pemimpin.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron menerusi Facebook menulis ‘Saya ingin maklumkan kepada keluarga Rayan, kami bersama anda dalam mengharungi saat sukar ini’.

Pemain bola sepak AC Milan, Ismael Bennacer pula menulis ‘keberanian Rayan akan kekal dalam memori kami, sekali gus menjadi inspirasi buat kami’.

Raya disahkan meninggal dunia ketika operasi menyelamat dan mengeluarkannya giat dilakukan sejak dia terjatuh ke dalam perigi tersebut pada Selasa lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya