Jangan terburu-buru longgarkan peraturan Covid-19 - WHO - Utusan Malaysia

Jangan terburu-buru longgarkan peraturan Covid-19 – WHO

GELOMBANG jangkitan varian Omicron belum mencapai kemuncak di kebanyakan negara . - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Subvarian daripada strain koronavirus Omicron yang mempunyai kebolehjangkitan tinggi dan mungkin lebih menular berbanding versi asal, kini dikesan di 57 buah negara.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), varian Omicron yang merebak dengan pantas dan banyak bermutasi sudah menjadi varian dominan di seluruh dunia sejak pertama kali dikesan di selatan Afrika, kira-kira 10 minggu lalu.  

Dalam kemas kini minggu epidemiologi mingguan, WHO memkalumkan varian berkenaan merangkumi lebih 93 peratus daripada semua spesimen Covid-19 yang dikumpul pada bulan lalu membabitkan beberapa subvarian iaitu BA.1, BA.1.1, BA.2 dan BA.3.

Jelasnya, versi pertama subvarian BA.1 dan BA.1.1 yang mula dikesan tetap menyumbang lebih 96 peratus daripada semua jujukan Omicron yang dimuat naik ke Inisiatif Global mengenai Perkongsian Semua Data Influenza (GISAID).

Sehubungan itu, Ketua Teknikal WHO mengenai Covid-19, Maria Van Kerkhove memaklumkan gelombang jangkitan varian Omicron belum sampai kemuncak di kebanyakan negara.

KETUA Teknikal WHO mengenai Covid-19, Maria Van Kerkhove – AFP

“Kami menggesa orang ramai berwaspada kerana banyak negara lagi masih belum menghadapi kemuncak varian Omicron.

“Sekarang bukan masanya menarik balik semua sekatan sekaligus. Adalah lebih baik jika melakukannya secara perlahan dan teliti kerana virus ini bersifat dinamik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, pihaknya bimbang dengan sikap diamalkan beberapa negara yang menganggap ‘disebabkan ada vaksin dan tahap keseriusan varian Omicron adalah lebih rendah, maka tiada keperluan untuk mencegah penularannya.    

“Kita perlu sedar lebih penularan bermakna lebih banyak kematian. Kami tidak meminta negara untuk melaksanakan semula perintah berkurung namun menggesa mereka melindungi rakyat dengan apa jua cara dan bukannya hanya bergantung pada vaksin.

“Adalah terlalu awal bagi mana-mana negara menyerah kalah atau mengisytiharkan kemenangan dalam isu ini,” ujarnya. – AFP/REUTERS   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya