AMSTERDAM: Struktur jambatan bersejarah di Belanda akan ‘dileraikan’ bagi membolehkan kapal layar baharu dibina hartawan Jeff Bezos melalui kawasan perairan itu.
Lapor Daily Mail, kos bagi meleraikan jambatan Koningshavenbrug di Rotterdam itu akan ditanggung sepenuhnya oleh pengasas Amazon itu.
Kapal Y721 yang bernilai 400 juta pound (RM2.26 juta) bakal menjadi kapal layar paling besar di dunia apabila siap dibina pada tahun ini di Belanda.
Y721 sepanjang 197 meter juga akan mengatasi kapal penumpang laut terbesar ketika ini, Sea Cloud.
Kapal layar itu giat dibina di limbungan kapal Oceano di Alblasserdam di barat Belanda.
Namun, bagi membolehkan Y721 berlayar ke laut, jambatan ikonik yang dikenali sebagai De Hef perlu dileraikan.
Sebelum ini, majlis tempatan berjanji tidak akan meleraikan jambatan itu selepas ia diubah suai pada tahun 2017.
Bagaimanapun, berdasarkan laporan penyiar Rijnmond, perjanjian itu terpaksa dimungkiri bagi membolehkan kapal layar Bezos melalui kawasan berkenaan.