Jakarta beli 78 jet pejuang - Utusan Malaysia

Jakarta beli 78 jet pejuang

INDONESIA menempah 42 jet pejuang Rafale buatan Perancis. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia semalam menempah sebanyak 42 jet pejuang Rafale dari Perancis dan berkemungkinan turut membeli dua kapal selam dari negara itu.

Amerika Syarikat (AS) pula meluluskan pembelian sebanyak 36 jet F-15 oleh negara ini berikutan ketegangan yang semakin memuncak di rantau Asia Pasifik.

Jakarta mula menggantikan penggunaan jet pejuang F-16 dan Sukhoi yang uzur bagi mengukuhkan aset ketenteraan Indonesia.

Persetujuan pembelian jet Rafale itu dibuat selepas Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Florence Parly di sini.

Kementerian Pertahanan Perancis memaklumkan kontrak pembelian itu berjumlah AS$8.1 bilion (RM34 bilion).

Selain itu, Indonesia juga bakal menempah dua kapal selam Scorpene yang dihasilkan Perancis.

Dalam pada itu, Jabatan Negara AS meluluskan pembelian jet F-15 serta beberapa aset ketenteraan yang lain berjumlah AS$14 bilion (RM59 bilion).

Jabatan itu dalam kenyataan menyatakan, pembelian tersebut akan membantu Indonesia mengukuhkan keselamatan, sekali gus menjadi negara serantau yang mempunyai kestabilan politik dan ekonomi di Asia Pasifik. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya