Ingin lari dari kemiskinan, golongan belia di Tripoli pilih sertai Daesh - Utusan Malaysia

Ingin lari dari kemiskinan, golongan belia di Tripoli pilih sertai Daesh

BEBERAPA remaja dan kanak-kanak berada di sebuah lorong di kejiranan Bab al-Tabaneh di bandar Tripoli, Lubnan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRIPOLI: Bandar Tripoli yang merupakan kawasan paling membangun, kini menjadi bandar paling mundur sehingga menyebabkan penduduknya sanggup beralih arah ke Daesh.

Bandar kedua terbesar di Lubnan itu turut terjejas selepas dilanda kemelesetan ekonomi sehingga disenaraikan oleh Bank Dunia. 

Selain harga makanan melonjak lebih 600 peratus, kadar kemiskinan di bandar tersebut mencecah sehingga 60 peratus. 

Ribuan keluarga tidak mampu memenuhi tuntutan keperluan asas terutamanya di seluruh kawasan kejiranan yang paling serba serbi kekurangan iaitu di Bab al-Tabbaneh, al-Qubba dan al-Mina.

Pada masa sama, pihak berkuasa bertindak kasar di bandar itu, selepas penyerang di Tripoli melancarkan serangan keganasan paling serius terhadap tentera Lubnan pada 2014.

Selama bertahun-tahun, Tripoli dikenali sebagai bandar konflik, sarang ‘pengganas’ serta simbol perpecahan mazhab dan politik.

Berpuluh-puluh orang terbunuh dalam pengeboman berani mati semasa perang Syria yang menyaksikan pertempuran semakin sengit antara golongan yang menyokong Kerajaan Bashar al-Assad dan penentangnya serta penglibatan Hizbullah. 

 

SERTAI DAESH DI IRAQ

Ibrahim,19, antara 48 remaja yang hilang dari Tripoli sejak Oktober tahun lalu, kerana disyaki menyertai kumpulan Daesh di Iraq.

Kehilangan remaja itu dari rumahnya di utara Lubnan secara mengejut menyebabkan ahli keluarga dan rakan taulan bimbang mengenai hala tujunya. 

Namun, tiga minggu kemudian, ibu Ibrahim menerima panggilan daripada anaknya yang memaklumkan dirinya berada di Iraq.

“Mama, saya berada di kem Daesh. Saya tidak tahu lokasi sebenar dan cuba untuk pulang semula. Sila tolong saya,” katanya.

Difahamkan, remaja itu melarikan diri kerana pihak keselamatan menjejakinya kerana didakwa terlibat dalam beberapa aktiviti keganasan. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya