Indonesia larang kemasukan pelancong melalui lapangan terbang Jakarta - Utusan Malaysia

Indonesia larang kemasukan pelancong melalui lapangan terbang Jakarta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia mengenakan larangan sementara terhadap pelancong asing yang memasuki negara itu melalui lapangan terbang Jakarta.

Langkah itu diambil dalam usaha memperlahankan lonjakan kes jangkitan Covid-19 yang didorong oleh varian Omicron.

Lapor Al Jazeera, Indonesia menyaksikan peningkatan kes dengan lebih 36,000 kes Covid-19 dilaporkan semalam dan kadar penggunaan katil di beberapa hospital di ibu negara mencecah 63 peratus.

Langkah menyekat pelancong melakukan perjalanan ke Jakarta dibuat beberapa hari selepas Bali mengalu-alukan penerbangan antarabangsa pertama dalam tempoh hampir dua tahun.

Kementerian Pengangkutan Indonesia dalam satu kenyataan memaklumkan peraturan baharu itu terpakai kepada pelancong asing dan warga Indonesia yang melancong ke luar negara untuk bercuti.

Menurut Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Novie Rivanto, keputusan untuk `mengehadkan sementara kemasukan pelancong’ bertujuan memperlahankan penyebaran Covid-19.

Bagaimanapun, pelancong dari luar negara masih boleh tiba di lapangan terbang Bali, di Batam dan Tanjung Pinang di Kepulauan Riau berhampiran Singapura.

Dilaporkan, polis melaksanakan perintah berkurung di pusat bandar Jakarta dari tengah malam sehingga 4 pagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya