Indonesia bina landasan kapal terbang sepanjang tiga kilometer

Indonesia bina landasan kapal terbang sepanjang tiga kilometer

BUDI Karya Sumadi (tengah) dan Isran Noor (kiri) melakukan tinjauan di lokasi pembinaan Lapangan Terbang VVIP di Sepaku.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAMARINDA: Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi mengumumkan pembinaan landasan kapal terbang sepanjang tiga kilometer (km) di Lapangan Terbang VVIP di lokasi ibu kota negara (IKN) Nusantara.  

Lapor Kompas.com, pengumuman itu dibuat selepas melakukan lawatan di Sepaku, Penajam Paser, Kalimantan Timur. 

Budi turut ditemani oleh Gabenor Kalimantan Timur, Isran Noor dan memaklumkan sudah memilih lokasi tersebut yang terletak 20 km dari istana presiden. 

Katanya, lokasi yang dipilih sangat strategik kerana terletak antara Balikpapan dan IKN serta dihubungkan melalui jalan bertol. 

“Landasan sepanjang tiga km (3,000 meter) di lapangan terbang itu akan dapat digunakan oleh semua jenis pesawat termasuk Airbus A400,” katanya.

Menurut Budi, panjang landasan itu menyamai landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Yogyakarta. 

Jelasnya, lapangan terbang itu akan dikategorikan sebagai lapangan terbang antarabangsa dan boleh digunakan bagi latihan ketenteraan oleh Tentera Udara Indonesia.

Nusantara merupakan ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur bagi menggantikan Jakarta.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perancangan Pembangunan Indonesia, Suharso Monoarfa, bulan lalu.

Katanya, nama tersebut dipilih dan disahkan oleh Presiden Joko Widodo atau Jokowi.

Langkah itu dibuat berikutan keadaan yang semakin sesak di Jakarta, selain bandar raya itu dilaporkan semakin tenggelam.

“Proses pemindahan ibu negara baharu iaitu dari Jakarta ke Kalimantan Timur akan dilakukan secara bertahap.

“Proses pemindahan ini tidak boleh dilakukan seperti guna ‘lampu Aladdin’ (sekelip mata). Tetapi perlu dilaksanakan secara berperingkat mengikut visi panjang Indonesia 2045,” katanya.

Selain itu, Suharso menjelaskan, Nusantara merupakan langkah Indonesia dalam membangunkan peradaban baharu. Ia yang lebih transformasi, mencerminkan keperibadian rakyat negara ini dan mampu bersaing secara global.

Katanya, nama Nusantara itu bersesuaian dengan geografi dan kepelbagaian budaya yang dimiliki negara ini.

 

   

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya