India bawa pulang rakyat terkandas di Ukraine - Utusan Malaysia

India bawa pulang rakyat terkandas di Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sebuah pesawat khas dilaporkan berlepas ke Kyiv untuk membawa pulang rakyat India yang terkandas di negara itu, ketika krisis Rusia dan Ukraine terus memuncak.

Lapor BBC, pesawat Air India, B-787 Dreamliner dengan kapasiti lebih 200 tempat duduk berlepas ke Ukraine pada pagi tadi.

Tindakan itu diambil selepas Rusia menempatkan kira-kira 150,000 tentera berhampiran sempadan Ukraine.

Presiden Rusia, Vladimir Putin sebelum ini menafikan merancang untuk menyerang Ukraine namun Amerika Syarikat (AS) percaya ia boleh berlaku tidak lama lagi.

Memetik laporan agensi berita ANI, India memaklumkan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa pihaknya memandang serius keselamatan rakyat negaranya.

“Lebih 20,000 pelajar dan warga India tinggal di beberapa wilayah di Ukraine termasuk di kawasan sempadan.

“Kesejahteraan dan keselamatan rakyat India adalah keutamaan kami,” kata Wakil Tetap India ke PBB, TS Trimurti.

Sebelum ini, syarikat Air India memaklumkan pihaknya akan mengendalikan tiga penerbangan antara India dan Lapangan Terbang Antarabangsa Boryspil di Ukraine pada hari ini, Khamis dan Sabtu.

Jelas laporan itu, penerbangan pertama dari Ukraine akan mendarat di lapangan terbang di Delhi pada malam ini.

Kedutaan India di Kyiv mengeluarkan notis mengenai penerbangan khas itu, dengan ciapan bahawa penerbangan tambahan sedang diuruskan selepas mengambil kira situasi semasa di Ukraine.

Sebelum ini, kerajaan India menamatkan sekatan penerbangan dari Ukraine pada awal bulan ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya