Ibu culik anak sendiri, kurung bawah tangga dua tahun

Ibu culik anak sendiri, kurung bawah tangga dua tahun

MANGSA dikurung di bawah tangga rumah sendiri di bandar Saugerties. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang ibu dituduh menculik anak perempuannya dan mengurung mangsa di dalam bilik bawah tangga rumah di bandar Saugerties.  

lapor Daily Mail, terdahulu, ibu bapa kanak-kanak itu didakwa hilang hak penjagaan menyebabkan dia diserahkan kepada penjaga yang ditetapkan oleh badan kebajikan.

Kimberly Cooper, 33, dan Kirk Shultis Jr., 32, ditahan Isnin lalu, selepas polis menemukan Paislee Shultis, 6, dikurung dalam bilik gelap dan lembap di rumah tersebut. 

PAISLEE SHULTIS

Pasangan itu mengasingkan diri daripada masyarakat selama lebih dua tahun. 

Mangsa disahkan sihat ketika ditemukan dan dia meminta supaya dibelikan ‘Happy Meal’ dari McDonald’s kerana menyatakan sudah lama tidak menikmati makanan tersebut.

Ketua Polis Saugerties, Joseph Sinagra memberitahu CBS New York, kanak-kanak itu disatukan semula dengan kakaknya dan diletakkan di bawah penjaga yang sah. 

Bagaimanapun, pihak berkuasa melahirkan kebimbangan mengenai emosi, sosial dan kesejahteraan akademiknya.

“Pertama, gadis kecil ini tidak mempunyai peluang ke sekolah. Malah, kami pasti dia tidak pernah menerima rawatan perubatan sewajarnya.

“Ahli keluarganya tidak membawa berjumpa doktor sejak dia dilaporkan hilang. Kita bimbang sebab dia tidak boleh menulis atau membaca kerana tidak berpeluang pergi sekolah,” jelasnya. 

Paislee dilaporkan hilang ketika berusia empat tahun, Julai 2019, selepas diambil dari rumah penjaganya yang sah di Cayuga Heights, kira-kira 260 kilometer dari lokasi dia ditemukan. 

Pihak polis sebelum ini menggeledah rumah tersebut berkali-kali, namun gagal menemukan mangsa sehingga mereka menerima maklumat kanak-kanak itu sebenarnya berada di kediaman terbabit.

Penduduk setempat juga langsung tidak mengetahui keberadaan kanak-kanak itu sejak dilaporkan hilang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya