Hujan lebat 17 jam tanpa henti, Ecuador dilanda banjir lumpur - Utusan Malaysia

Hujan lebat 17 jam tanpa henti, Ecuador dilanda banjir lumpur

KAWASAN perumahan La Gasca di utara Quito dipenuhi lumpur tebal selepas banjir melanda Ecuador. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

QUITO: Banjir besar yang melanda Ecuador dalam tempoh dua dekad menyaksikan sekurang-kurangnya 24 orang maut, puluhan hilang dan 48 cedera.

Perkhidmatan kecemasan Ecuador, SNGRE memaklumkan, banjir yang berlaku turut memusnahkan banyak kediaman dan menghanyutkan kenderaan.

Hujan lebat yang turun berterusan selama 17 jam di Quito menyebabkan banyak kawasan dinaiki air termasuk padang bola tampar yang ketika itu dipenuhi dengan pemain yang menjalani latihan sambil disaksikan orang ramai.

Datuk Bandar Quito, Santiago Guarderas berkata, banjir yang berlaku tiba-tiba itu menyebabkan para pemain dan orang ramai di padang berkenaan tidak sempat melarikan diri, sekali gus lemas.

Tidak dapat dipastikan berapa ramai pemain dan orang ramai yang terkorban akibat banjir tersebut.

Pasukan tentera dengan anjing pengesan dikerah ke lokasi untuk mencari mangsa yang terperangkap.

Selain itu, banyak penduduk mengalami hipotermia akibat cuaca sejuk dan memerlukan rawatan di hospital.

Bekalan elektrik di beberapa kawasan juga terputus berikutan tiang elektrik yang tumbang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya