'Hujan' burung tiung di England gemparkan penduduk - Utusan Malaysia

‘Hujan’ burung tiung di England gemparkan penduduk

SEBANYAK 200 bangkai burung tiung bertaburan di sebuah perkampungan tepi laut di Waterston dan Hazelbeach, Pembrokeshire. - ATHERNA PICTURES
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WALES: Pencinta hidupan liar terkejut selepas mendapati 200 burung jatuh secara misteri dari langit di sebuah perkampungan tepi laut di Waterston dan Hazelbeach, Pembrokeshire.  

Lapor Daily Mail, pemandu kenderaan yang trauma melihat kejadian itu memaklumkan mereka seperti menonton adegan ‘filem seram’ apabila lambakan burung jatuh ke tanah tanpa sebab yang jelas. 

Saksi berkata, spesies  burung tiung itu mengalami kecederaan dan jatuh bertaburan di kawasan pagar dan tanah. 

Pihak majlis perbandaran mengesahkan sebanyak 200 burung tiung mati dan pihaknya terpaksa membersihkan bangkai burung yang berlumuran darah itu. 

Setakat ini, belum ada maklumat sebenar mengenai punca sebenar kematian haiwan itu. 

Pakar Burung, Dominic Couzens, 59, berkata, dia terdengar bunyi dentuman yang kuat dan sangat pelik. 

“Bunyi itu sangat ganjil dan sukar dijelaskan. Sesuatu yang tidak dijangka membuatkan semua burung berkenaan keliru dan jatuh secara tiba-tiba.

“Terdapat juga beberapa burung yang mati di kawasan jalan dan darah memercik di merata tempat,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya