HRV tersadai setahun, caj parkir berjumlah RM14,644

HRV tersadai setahun, caj parkir berjumlah RM14,644

KEADAAN sebuah kereta Honda HR-V yang tersadai di tempat letak kenderaan di Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti NGurah Rai, Bali. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BADUNG: Sebuah kenderaan jenis Honda HRV dilaporkan sudah tersadai lebih setahun di tempat letak kenderaan Terminal Ketibaan Domestik Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti NGurah Rai, Bali.

Jurucakap lapangan terbang, Taufan Yudhistira berkata, berdasarkan tempoh tersebut, jumlah caj bayaran parkir yang perlu dijelaskan pemilik kenderaan itu adalah lebih 50 juta rupiah (RM14,644).

“Kereta itu memasuki tempat meletak kenderaan tersebut pada 29 November 2020 dan sehingga kini masih ada di situ.

“Sudah 15 bulan kenderaan itu tidak dialihkan dan kini sudah jadi seperti ‘besi buruk’,” katanya kepada Kompas.com

Taufan juga memaklumkan pihak lapangan terbang tidak mengetahui siapa pemilik kenderaan tersebut biarpun sudah banyak kali mencari maklumat mengenainya.

Katanya, mereka sudah menghubungi polis untuk membantu mencari pemilik kenderaan berkenaan.

“Sehingga kini, tiada mana-mana pihak tampil untuk mengambil atau mengalihkan kenderaan tersebut. Sudah terlalu lama kereta itu tersadai.

“Kami bimbang sekiranya ada berlaku kecurian melibatkan bahagian kereta tersebut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” jelasnya.

Jelas Taufan, insiden seperti itu sudah berlaku beberapa kali, menyebabkan tempat meletak kenderaan menjadi terhad kepada pengguna.

“Jangan jadikan kawasan parkir ini untuk ‘membuang atau menyembunyikan’ kenderaan anda kerana perbuatan itu hanya menyebabkan jumlah parkir jadi terhad dan menyusahkan pengguna lain.

“Tolong jadi pengguna yang berhemah dan jangan pentingkan diri,” tegasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya