Harga minyak dunia naik lima peratus

Harga minyak dunia naik lima peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Harga minyak dunia melonjak lima peratus berikutan berita mengenai serangan tentera Rusia di Ukraine, hari ini.

Lapor CNBC, harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) yang didagangkan melonjak 5.4 peratus pada AS$97.04 (RM408.25) setong, hari ini.

Harga minyak mentah Brent meningkat 5.66 peratus pada AS$102.32 (RM430.46) setong, melepasi paras AS$100 (RM422) buat kali pertama sejak 2014.

Harga gas asli juga menyaksikan peningkatan sebanyak 4.58 peratus.

Harga emas yang secara tradisinya dilihat sebagai aset selamat, turut meningkat 1.87 peratus pada dagangan terakhir AS$1,942 (RM8,170).

Penganalisis Minyak Utama AS di Kpler, Matthew Smith berkata, buat masa ini tiada gangguan dalam aspek pembekalan bahan mentah itu walaupun Rusia sudah melancarkan serangan.

“Kita tidak mungkin melihat bahagian bekalan bahan mentah terganggu, walaupun harga semua komoditi semakin meningkat,” katanya.

Terdahulu, pasukan tentera Ukraine dan Rusia saling berbalas serangan di kawasan sempadan kedua-dua negara.

Tentera Rusia juga didakwa sudah menawan beberapa kawasan dengan bantuan kumpulan pemisah yang menyokongnya.

Presiden Rusia, Vladimir Putin sebelum itu mengumumkan Rusia memutuskan untuk melakukan operasi ketenteraan di Ukraine bagi menamatkan ‘kekejaman junta di negara itu’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya