Hampir 90 peratus wartawan wanita Indonesia alami serangan seksual - Utusan Malaysia

Hampir 90 peratus wartawan wanita Indonesia alami serangan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Berdasarkan kajian yang dilakukan PR2Media pada akhir 2021, hampir 90 peratus wartawan wanita di Indonesia mengalami gangguan seksual dalam karier mereka.

Lapor Suara.com, kajian yang dilakukan menunjukkan, majoriti wartawan wanita di negara ini iaitu sebanyak 86 peratus pernah mengalami gangguan seksual secara fizikal dan digital.

Masalah itu disifatkan berat memandangkan Indonesia belum mempunyai perundangan yang boleh melindungi wartawan wanita daripada serangan seksual.

Kajian yang dilakukan pada Ogos hingga Oktober 2021 itu melibatkan 1,256 wartawan wanita di 191 bandar dan daerah yang mewakili Indonesia di bahagian barat, tengah dan timur.

Sebanyak 1,077 atau 85.7 peratus wartawan wanita di negara ini pernah mengalami serangan seksual dan hanya 179 responden (14.3 peratus) tidak berdepan dengan masalah terbabit.

Antara serangan seksual yang paling banyak dialami golongan tersebut adalah berkaitan bentuk tubuh atau ‘body shaming‘ secara lisan atau bersemuka.

Selain itu, wartawan wanita di negara ini juga sering terdedah dengan serangan seksual secara digital.

Menurut kenyataan responden, serangan seksual sering berlaku berkaitan kerjaya mereka dan jantina.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya