Gunung Anak Krakatau meletus sembilan kali - Utusan Malaysia

Gunung Anak Krakatau meletus sembilan kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMATERA: Gunung Anak Krakatau di Kabupaten Lampung Selatan meletus sebanyak sembilan kali sejak semalam.

Lapor Kompas.com, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) berkata, letusan berlaku antara pukul 9.43 pagi hingga 5.07 petang dengan kepulan debu panas berwarna kelabu hitam setinggi 800 hingga 1,000 meter di atas puncak gunung.

Berdasarkan pemantauan visual oleh PVMBG, terdapat petunjuk letusan yang berlaku adalah daripada jenis magmatik, selaras dengan rekod gempa bumi gunung berapi.

Data pemantauan visual dan instrumental menunjukkan Gunung Anak Krakatau masih berpotensi meletus dan ditetapkan pada tahap dua, waspada.

“Potensi bahaya daripada aktiviti semasa Gunung Anak Krakatau boleh menyebabkan lava pijar, bahan piroklastik dan aliran lava.

“Hujan abu yang lebat berpotensi di sekitar kawah dalam radius dua kilometer dari kawah aktif,” katanya.

Susulan itu, orang ramai diingatkan supaya tidak mendekati jarak tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya