Golongan heteroseksual paling banyak hidap HIV - Utusan Malaysia

Golongan heteroseksual paling banyak hidap HIV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu data terbaharu menunjukkan bilangan penghidap HIV dalam kalangan heteroseksual adalah lebih tinggi berbanding golongan gay dan biseksual buat pertama kali dalam tempoh sedekad.

Lapor Metro, sebanyak 50 peratus individu heteroseksual menghidap jangkitan HIV baharu berbanding 45 peratus lelaki gay dan biseksual di England pada 2020.

Statistik dari Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UK) itu dikeluarkan sempena Minggu Ujian HIV Kebangsaan.

Seorang lelaki heteroseksual, Allan Batcock yang menghidap HIV kira-kira 12 tahun lalu tampil menceritakan kisah silam dan kehidupannya dengan tujuan memerangi stigma negatif terhadap virus itu.

“Saya menjalani ujian saringan penyakit jangkitan kelamin (STI) bukan kerana memikirkan saya berisiko tetapi sekadar hanya mahu melakukannya.

“Namun, dunia saya seolah-olah gelap apabila dimaklumkan doktor saya sah positif HIV,” katanya dalam temubual eksklusif bersama Metro.

Batcock yang dijangkiti HIV ketika berusia lingkungan 30-an mengakui tidak mempunyai sebarang pendidikan mengenai HIV.

“Sebelum ini saya berpandangan ia tidak akan menjejaskan saya, ia hanya menjangkiti lelaki gay dan dari Afrika. Namun, telahan saya salah,” ujarnya.

Jelas Batcock, sewaktu dirinya didiagnosis dengan HIV, dia tidak menerima rawatan sehingga keadaan kesihatannya  memburuk sehingga hampir menjadi AIDS.    

Sementara itu, lelaki tersebut menegaskan teknologi kesihatan terkini boleh memberikan rawatan menyeluruh terhadap pesakit HIV/AIDS.

Katanya, HIV boleh dihentikan sebelum ia merosakkan keseluruhan sistem badan dan virus itu bukan lagi ‘hukuman mati’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya