OTTAWA: Kanada menutup ruang udaranya kepada semua pesawat milik Rusia sebagai protes selepas negara itu menyerang Ukraine.
Namun, larangan itu ‘tidak diendahkan’ Rusia apabila pesawat syarikat penerbangan Aeroflot melalui ruang udara Kanada ketika dalam perjalanan dari Miami, Florida ke Moscow.
Menteri Pengangkutan Kanada, Omar Alghabra berkata, negara ini akan memastikan Rusia bertanggungjawab melancarkan serangan terhadap Ukraine.
Katanya, penutupan ruang udara itu berkuatkuasa serta-merta.
Biarpun tiada penerbangan terus antara lapangan terbang Kanada dan Rusia, larangan itu tetap memberi kesan terhadap Aeroflot.
Larangan itu juag termaktub kepada semua pesawat peribadi Rusia.
Beberapa negara lain yang turut menutup ruang udara kepada pesawat Rusia termasu Jerman, Perancis, Sepanyol, Itali, Belgium, Austria, Belanda, Britan dan Sweden. – AFP