Taman tema Ghibli Park dibuka di Jepun pada 1 November ini

Taman tema Ghibli Park dibuka di Jepun pada 1 November ini

LAKARAN model Ghibli Park yang akan dibuka pada 1 November depan di Jepun. – STUDIO GHIBLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Sebuah taman tema berdasarkan filem animasi yang dihasilkan oleh Studio Ghibli, akan mula dibuka di Jepun pada 1 November depan.

Studio Ghibli terkenal dengan penghasilan filem animasi termasuk Spirited Away yang pernah memenangi anugerah Oscar sebagai karya animasi terbaik.

Lapor Daily Mail, tarikh pembukaan Ghibli Park didedahkan dalam Twitter studio tersebut, bersama ilustrasi karakter Totoro, yang merupakan watak dalam siri anime klasik, My Neighbour Totoro.

Studio itu turut mendedahkan beberapa lakaran model yang memaparkan pemandangan di dalam Ghibli Park.

Berdasarkan dokumen, taman tema itu ketika ini dalam pembinaan membabitkan kawasan taman yang luas di wilayah Aichi tengah, kira-kira 250 kilometer barat Tokyo.

Dilaporkan, kos keseluruhan projek taman tema itu bernilai 34 bilion yen (RM1.23 bilion).

Ghibli Park menampilkan lima kawasan tarikan dan tiga daripadanya akan dibuka kepada pengunjung pada November ini.

Salah sebuah kawasan taman tema itu dikenali sebagai Dondoko Forest yang turut mengandungi model rumah bersaiz sebenar yang menjadi tempat tinggal watak utama My Neighbor Totoro.

“Para pengunjung akan dapat memasuki ke dalam patung Totoro yang dibina di belakang rumah itu,” kata seorang pegawai.

Sementara itu, menurut pegawai, dua lagi kawasan taman tema itu akan dibuka pada tahun depan.

“Kawasan taman tema itu dikenali sebagai Mononoke Village yang mengisahkan seorang gadis dibesarkan oleh serigala di hutan.

“Kawasan tarikan kedua bertemakan Valley of Witches yang diilhamkan oleh Kiki’s Delivery Service dan Howl’s Moving Castle. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya