Dua gempa bumi gegar Sumatera Barat - Utusan Malaysia

Dua gempa bumi gegar Sumatera Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMATERA: Sejumlah wilayah Sumatera Barat digegarkan dengan dua insiden gempa bumi kuat.

Berdasarkan maklumat dari Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik Indonesia (BMKG), gempa pertama berlaku pada kekuatan 5.0 skala Richter pada pukul 8.35 pagi waktu tempatan.

Gempa kedua pula berlaku empat minit kemudian iaitu pukul 8.39 pagi dengan kekuatan 6.2 Richter.

Gempa kedua itu direkodkan berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan 17 kilometer ke timur laut Pesaman Barat.

Gempa pertama berpusat 18 kilometer ke timur laut kawasan yang sama.

Di Kota Padang, gegaran dirasakan pada tahap tiga dan empat, menyaksikan penduduk panik dan lati bertempiaran untuk menyelamatkan diri.

Setakat ini, belum ada laporan lanjut mengenai kerosakan infrastruktur mahupun kecederaan dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, gempa tersebut tidak mendatangkan ancaman tsunami.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya