Filipina mulakan kempen pilihan raya umum - Utusan Malaysia

Filipina mulakan kempen pilihan raya umum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Kempen pilihan raya Filipina secara rasmi bermula semalam dengan pandemik Covid-19 menyekat aktiviti berkempen secara konvensional, sekali gus memaksa tumpuan beralih kepada penggunaan media sosial.

Sama seperti pemilihan pada 2016, media sosial akan menjadi akses penting dalam kempen pilihan raya yang berlangsung selama tiga bulan.

Namun, penggunaan media sosial bakal berdepan kesukaran dan tekanan memandangkan masalah penyebaran berita palsu semakin berleluasa di Filipina sejak beberapa tahun lalu.

Prof. penyelidikan komunikasi di Universiti Filipina, Marie Fatima Gaw menyifatkan, media sosial kini menjadi medium penting dengan kandungan politik ‘tersembunyi di mana-mana’.

Kira-kira 67.5 juta rakyat Filipina layak mengundi, termasuk 1.7 juta di luar negara bagi memilih presiden, naib presiden, ahli politik dan 18,000 jawatan dalam kerajaan tempatan.

Anak perempuan Presiden Rodrigo Duterte, iaitu Sara Duterte bakal bertanding merebut jawatan naib presiden dalam pilihan raya tersebut.

Pilihan raya umum negara ini dijangka berlangsung pada 9 Mei depan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya