FDA beri kelulusan penuh penggunaan vaksin Moderna - Utusan Malaysia

FDA beri kelulusan penuh penggunaan vaksin Moderna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) memberi kelulusan penuh penggunaan vaksin Covid-19 Moderna bagi individu berumur 18 tahun ke atas di negara itu.

Ia secara tidak langsung menjadikannya vaksin kedua yang diluluskan sepenuhnya untuk membendung penularan jangkitan virus di AS.

Sebelum ini, vaksin Moderna hanya dibenarkan untuk kegunaan kecemasan di AS sejak Disember 2020.

Kini, vaksin Moderna akan dijual dibawah jenama Spikevax.

“Kami memberi jaminan bahawa vaksin Spikevax memenuhi piawaian tinggi FDA untuk keselamatan, keberkesanan dan kualiti pembuatan yang diperlukan bagi mana-mana vaksin diluluskan untuk digunakan di AS,” kata Pemangku Pesuruhjaya FDA, Dr. Janet Woodcock dalam kenyataan.

Berdasarkan data dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, kira-kira 75 juta penduduk sudah menerima dua dos suntikan vaksin Moderna di negara itu.

Vaksin Moderna juga digunakan di lebih 70 negara termasuk Kanada dan Kesatuan Eropah (EU).

Tahun lalu, vaksin Pfizer-BioNTech menerima kelulusan penuh penggunaan bagi individu berumur 16 tahun ke atas di AS selepas mendapat kebenaran kecemasan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya