Era pemerintahan Ratu Elizabeth II cecah 70 tahun - Utusan Malaysia

Era pemerintahan Ratu Elizabeth II cecah 70 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ratu Elizabeth II menjadi kerabat diraja Britain pertama yang memegang takhta sehingga 70 tahun.

Ratu Elizabeth mula memegang takhta sebagai raja Britain ketika dia berusia 25 tahun selepas kemangkatan bapanya, Raja George VI dan sehingga kini, beliau sudah menyaksikan pelbagai peristiwa termasuk perubahan politik di England.

Sejak kematian suaminya, Putera Philip pada April tahun lalu, Elizabeth kembali melakukan tugasan rasmi termasuk menyambut delegasi pemimpin G7 di Cornwall.

Namun, beliau dinasihatkan supaya tidak terlalu aktif berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya, terutamanya selepas dimasukkan ke hospital pada Oktober lalu.

Sejak itu, Ratu Elizabeth dilihat jarang membuat penampilan umum dan menghabiskan kebanyakan masa di Istana Windsor.

Sementara itu, hanya tiga kerabat diraja di seluruh dunia yang pernah memegang takhta melebihi 70 tahun iaitu Raja Perancis, Raja Louis XIV yang memerintah selama 72 tahun dan 110 hari, Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej (70 tahun dan 91 hari) dan Putera Liechtenstein (70 tahun dan 91 hari). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya