Enggan divaksin, AS mula pecat anggota tentera - Utusan Malaysia

Enggan divaksin, AS mula pecat anggota tentera

DIANGGARKAN 97 peratus daripada jumlah keseluruhan anggota tentera AS sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan mereka mula memecat mana-mana anggota yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 yang merupakan peraturan wajib.

Setiausaha Tentera AS, Christine Wormuth berkata, anggota tentera yang enggan divaksin mendatangkan risiko kepada pasukan dan boleh menjejaskan kesiapsiagaan pasukan keselamatan.

“Kami akan mula memecat mana-mana anggota tentera yang masih berdegil untuk mendapatkan suntikan vaksin.

“Keputusan (pecat) itu adalah mutamad dan tiada lagi tolak ansur,” katanya dalam kenyataan.

Lebih 3,000 anggota tentera berdepan dengan pemecatan dengan AS mempunyai 482,000 tentera aktif sehingga hujung tahun lalu.

Sehingga 6 Januari 2022, enam pegawai tertinggi termasuk beberapa komander dua batalion dipecat daripada jawatan masing-masing kerana enggan menerima vaksinasi Covid-19.

Selain itu, surat ‘amaran’ juga dikeluarkan terhadap 3,073 anggota tentera supaya mengambil vaksin atau dipecat.

Tentera Laut AS pada pertengahan Oktober lalu juga mengumumkan, anggotanya yang enggan mengambil suntikan vaksin akan disingkir daripada pasukan.

Anggota tentera laut yang dijangkiti Covid-19 boleh menjejaskan pasukan serta operasi di lautan.

Menerusi kenyataan akhbar, Tentera Laut AS memaklumkan kira-kira 8,000 anggota aktif dan simpanan masih belum menerima suntikan vaksin dan sehingga kini, seramai 118 anggota tentera sudah dipecat.

Pasukan Kor Marin AS pula memberitahu, seramai lebih 300 anggotanya sudah dipecat kerana enggan mengambil vaksin Covid-19.

Menurut Pentagon, dianggarkan 97 peratus daripada 1.4 juta anggota tentera aktif sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya