LOS ANGELES: Dua lelaki dari Idaho memecahkan Rekod Dunia Guinness selepas berjaya membuat lontaran bola paling banyak antara mereka dalam masa seminit.
Lapor portal UPI, David Rush melakukan aksi itu bersama rakannya, Jonanthan Hannon dengan mematuhi peraturan ditetapkan oleh Guinness World Record.
Rush dan Hannon berjaya melontar bola sebanyak 157 kali sesama mereka dalam tempoh tersebut.
Sebelum ini, dua lelaki itu mencipta rekod dengan melakukan lontaran bola sebanyak 84 kali dalam masa 30 saat.
Rush pernah memecahkan lebih 200 rekod Guinness untuk mempromosikan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Sementara itu, Rush berkata, dia dan Hannon melakukan banyak latihan dan percubaan sebelum memecahkan rekod tersebut. – AGENSI