Cuba masuk kokpit, kru penerbangan pukul penumpang guna teko kopi - Utusan Malaysia

Cuba masuk kokpit, kru penerbangan pukul penumpang guna teko kopi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kru penerbangan terpaksa memukul seorang penumpang dengan teko kopi selepas cuba memasuki kokpit dan membuka pintu kecemasan ketika dalam penerbangan.

Keadaan itu menyebabkan pesawat American Airlines yang dalam perjalanan dari Los Angeles ke Washington itu membuat pendaratan cemas di Kansas City.

“Seorang penumpang mencetuskann kekecohan sehingga memaksa kru penerbangan bertindak agresif bagi meredakan keadaan.

“Penumpang itu ditahan pihak berkuasa dan kes akan disiasat segera,” menurut syarikat penerbangan tersebut menerusi kenyataan.

Beberapa saksi menceritakan, penumpang lelaki itu tiba-tiba hilang kawalan dan mahu masuk ke kokpit dan membuka pintu kecemasan.

Kru penerbangan banyak kali menegurnya supaya bertenang, namun tidak diendahkan sehingga tingkah lakunya menjadi semakin tidak terkawal.

“Disebabkan itu, kru penerbangan terpaksa memukulnya dengan teko kopi untuk meredakan keadaan dan penerbangan kami mendarat cemas di Kansas City,” beritahu seorang penumpang.

Sepanjang pandemik Covid-19, sejumlah kes melibatkan tingkah laku tidak terkawal oleh penumpang direkodkan oleh banyak syarikat penerbangan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya