Cuaca sejuk terus mencengkam Arab Saudi - Utusan Malaysia

Cuaca sejuk terus mencengkam Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Jurucakap Pusat Kaji Cuaca Arab Saudi (NCM), Hussein Al-Qahtani memberitahu kesan gelombang sejuk kelima yang melanda Arab Saudi semalam, dijangka akan berlarutan sehingga esok.

Lapor Saudi Gazette, jelasnya, suhu paling rendah yang akan dicatatkan sepanjang tempoh tersebut adalah dua darjah Celcius di bawah sifar dan cuaca ekstrem itu akan dirasakan di wilayah-wilayah utara dan juga wilayah Hail.

Beliau menjelaskan, musim sejuk berterusan selama lebih 50 hari, dijangka berakhir 20 Mac depan.

“Sebahagian besar gelombang sejuk yang melanda negara itu datang dari negara-negara di sebelah utara seperti Jordan, Syria, Lubnan dan Turki melalui jisim udara sejuk dan salji.

“Cuaca di Arab Saudi tidak boleh dibandingkan dengan situasi yang melanda negara-negara tersebut dari segi penurunan ketara pada suhu dan gelombang sejuk yang kuat dan meluas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya