Covid-19: Hong Kong mungkin laksana perintah berkurung - Utusan Malaysia

Covid-19: Hong Kong mungkin laksana perintah berkurung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Hong Kong mungkin mengambil pendekatan yang sama dengan China iaitu melaksanakan perintah berkurung bagi memastikan strategi sifar Covid-19 di wilayah separa autonomi ini berkesan.

Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam sebelum ini menolak perintah berkurung dilaksanakan, sebaliknya mengarahkan semua 7.4 juta penduduknya menjalani ujian saringan Covid-19 bagi mengawal penularan.

Namun, Lam dikatakan mula mempertimbangkan semula cadangan itu selepas kes jangkitan di wilayah ini semakin tinggi.

Setiausaha Kesihatan Hong Kong, Sophia Chan memaklumkan, kerajaan akan mengambil pendekatan paling berkesan untuk menurunkan kes jangkitan Covid-19.

“Bagi memastikan jumlah jangkitan tidak terus bertambah, penduduk dinasihatkan supaya duduk di rumah dan mengurangkan pergerakan sekiranya tiada keperluan penting,” katanya.

Hong Kong mengumumkan sebanyak 26,000 kes jangkitan baharu dan 83 kematian semalam.

Sebelum ini, wilayah itu hanya merekodkan sebanyak 12,000 kes sejak pandemik bermula. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya