Britain tawar dos keempat vaksin Covid-19 untuk warga emas

Britain tawar dos keempat vaksin Covid-19 untuk golongan 75 tahun ke atas

PENDUDUK menerima suntikan vaksin Covid-19 di sebuah pusat vaksinasi di Kelab Golf Grim Dyke di barat laut London. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah jawatankuasa penasihat bebas vaksinasi di Britain mengumumkan penawaran suntikan dos keempat vaksin Covid-19 kepada golongan individu berusia 75 tahun dan ke atas pada musim bunga ini.

Lapor portal UPI, Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI) menerusi kenyataan memaklumkan dos penggalak tambahan itu disasarkan untuk golongan ‘paling berisiko’ termasuk penduduk berusia 75 tahun ke atas, penghuni rumah penjagaan warga emas dan individu berumur 12 tahun ke atas yang mempunyai imun rendah.

Ia merupakan dos vaksin Covid-19 yang keempat ditawarkan kepada warga tua di Britain dan suntikan kelima untuk individu yang mempunyai sistem imun sangat rendah.

Jawatankuasa tersebut menasihatkan agar dos penggalak keempat itu diberikan kira-kira enam bulan selepas suntikan dos vaksin terakhir. 

Jelas jawatankuasa itu, imuniti vaksin ‘menurun dari semasa ke semasa’ malah ramai warga emas menerima dos vaksin Covid-19 terakhir pada September atau Oktober tahun lalu.

Menurut kenyataan itu, orang dewasa yang layak akan menerima vaksin Moderna atau Pfizer-BioNTech manakala individu dibawah usia 18 tahun pula hanya ditawarkan Pfizer-BioNTech.

“Program vaksinasi dos penggalak tahun lalu memberikan perlindungan sangat baik terhadap jangkitan Covid-19 yang teruk.

“Bagi mengekalkan tahap perlindungan tinggi untuk golongan paling terdedah dalam populasi, disarankan dos tambahan vaksin diberikan sebelum pelaksanaan program dos penggalak pada akhir tahun ini,” kata pengerusi JCVI, Prof. Wei Shen Lim.

Pengumuman itu dibuat ketika Perdana Menteri, Boris Johnson memaklumkan penarikan semua sekatan Covid-19 dalam pelan baharunya, dengan memetik jumlah kes harian lebih rendah sejak 273,526 kes baharu direkodkan pada 4 Januari lalu.

Berdasarkan pelan Johnson, pengesanan kontak rapat individu dijangkiti Covid-19 akan ditamatkan dan keperluan kuarantin kendiri bagi pesakit Covid-19 juga dimansuhkan bermula Khamis ini.

“Kerajaan akan mengeluarkan garis panduan terkini pada April ini yang akan memperincikan ‘langkah berterusan yang harus diambil oleh individu dijangkiti Covid-19’,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya