Boris Johnson disoal siasat berhubung skandal `partygate'

Boris Johnson disoal siasat berhubung skandal `partygate’

partygate
BORIS JOHNSON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Boris Johnson menjadi Perdana Menteri Britain yang pertama disoal siasat oleh polis selepas beliau dan kakitangan pejabat Downing Street diminta memberi keterangan berkaitan skandal partygate.

Lapor Daily Mail, Polis Metropolitan London menerusi dokumen soal selidik 88 individu. Mereka diminta mengemukakan ‘alasan munasabah’ kerana menghadiri acara sosial dianjurkan di pejabat dan kediaman pemimpin itu ketika perintah berkurung Covid-19.

Dokumen tersebut yang dianggap sama seperti proses soal siasat polis, merupakan sebahagian penyiasatan jenayah terhadap kemungkinan pelanggaran peraturan di peringkat kerajaan.

Proses soal siasat adalah sama seperti penahanan namun ia juga bermakna suspek tidak perlu ditahan dan boleh meninggalkan proses itu pada bila-bila masa.

Kira-kira 12 soalan membabitkan beberapa perkara seperti masa dan bilangan individu hadir di parti, ditanya dalam dokumen soal selidik itu.

Johnson berunding dengan peguamnya sebelum mengisi dan mengembalikan semula dokumen soal selidik berkenaan.

Beliau mendakwa hanya menghadiri enam acara termasuk parti hari jadi dan pertemuan diadakan di kediamannya, sebagai sebahagian hari bekerjanya.

Dilaporkan, Operasi Hillman menghantar dokumen soal selidik itu pada bulan ini.

Operasi Hillman ketika ini sedang menyiasat sama ada wujudnya pelanggaran sekatan Covid-19 di pejabat perdana menteri itu dan di Whitehall.

Dokumen soal selidik yang didedahkan kepada ITV News memberi gambaran mengenai soalan yang mungkin ditanya kepada Johnson.

Dokumen itu pada awalnya menyatakan individu yang dituduh boleh memberikan `keterangan secara bertulis’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya