IRELAND: Seorang wanita dari Co Antrim terkejut apabila mendapati sofa terpakai yang dibelinya mempunyai lambakan kuku di bawahnya.
Lapor Daily Mail, Jess Louise mula menyedari potongan kuku tersebut ketika mencari alat kawalan jauh televisyen yang hilang.
Selepas meraba-raba sofa tersebut, teman lelaki wanita itu menemukan longgokan sampah yang menjijikkan bersama kuku tersebut.
Pasangan itu kemudiannya membersihkan sofa berkenaan dengan mencungkil semua kuku yang terlekat.
Louise kemudian memuat naik gambar jelik tersebut dalam Facebook sehingga menerima banyak komen menjijikkan.
Seorang daripada pengguna media sosial menyifatkan keadaan itu sangat jijik dan bunyi kuku itu dicungkil kedengaran seperti ‘beras belum dimasak’.
“Saya tidak pernah berasa jijik seperti ini sepanjang hidup saya. Bunyi kuku itu kedengaran seperti beras yang belum dimasak,” katanya.