Bekas pensyarah bergelar profesor curi pesawat, rancang bunuh diri

Bekas pensyarah bergelar profesor curi pesawat, rancang bunuh diri

BEKAS pensyarah disahkan maut selepas berniat membunuh diri dengan menghempaskan pesawat yang dicurinya di Kent.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENT: Seorang bekas pensyarah berjawatan profesor yang menghidap kanser perut mencuri sebuah pesawat sebelum sengaja menghempaskannya ke padang dengan niat membunuh diri sendiri.

Lapor Daily Mail, selepas sesi inkues dijalankan, tindakan itu dilakukan selepas Christopher Woollard, 64, tidak dapat menerima hakikat dirinya hanya mempunyai tempoh tiga bulan untuk hidup.

Lelaki itu mengambil pesawat ringan jenis Cessna 172 Skyhawk daripada seorang tenaga pengajar penerbangan selepas berniat mencederakan diri sendiri.

Lelaki itu memandu ke Lapangan Terbang Rochester di Kent bagi mengikuti pengajian penerbangan yang ditetapkan pada 10 September tahun lalu.

Selepas berlepas, dia menghubungi tenaga pengajar itu melalui radio dengan mendedahkan niat sebenar untuk membunuh diri sebelum menyerahkan butiran banknya bagi membayar sebarang kerosakan.

Sementara menunggu pengajarnya menghubungi semula, bekas pensyarah universiti sains komputer itu memandu laju pesawat itu dan berlepas tanpa sebarang amaran.

Pesawat ringan itu terhempas di kawasan lapang di timur Lydd dan lelaki tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya