Bekas finalis Miss England jadi pemandu lori

Bekas finalis Miss England jadi pemandu lori

MILLY Everatt berlatih untuk menjadi pemandu lori. - SWNS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang bekas finalis pertandingan ratu cantik Miss England 2018, dilaporkan kini giat berlatih untuk menjadi pemandu lori.

Milly Everatt dari Eastoft, Lincolnshire mengambil keputusan itu berikutan krisis kekurangan pemandu lori yang berlaku di United Kingdom (UK).

Lapor Daily Mail, Everatt yang juga anak petani bekerja keras ke arah mencipta kerjaya baharu untuk menangkis streotaip dalam industri tradisional yang didominasi oleh golongan lelaki.  

Everatt ketika ini berlatih untuk kategori lesen pemandu kenderaan barangan berat (HGV) kelas 1 dan 2 yang mungkin menyaksikan model berusia 22 tahun itu bakal memandu lori membawa muatan seberat 44 tan.

Sebelum ini, Everatt sudah biasa memandu traktor di sekitar ladang milik bapanya.

Malah, beliau percaya langkah diambilnya akan membawa perubahan besar dalam industri logistik.

Selain Miss England, Everatt yang juga bekas Miss Lincolnshire itu pernah dinobatkan sebagai Miss Charity pada pertandingan ratu cantik 2018 selepas berjaya mengumpul wang paling banyak bagi tujuan kebajikan.  

Selepas empat tahun, Everatt kini berusaha untuk menjadi pemandu lori bagi membuktikan ‘bukan lelaki sahaja’ yang mampu mengendalikan kenderaan berat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya