Banyak pihak bimbang keputusan terburu-buru England mansuhkan semua sekatan Covid-19 - Utusan Malaysia

Banyak pihak bimbang keputusan terburu-buru England mansuhkan semua sekatan Covid-19

PADA akhir bulan ini, semua sekatan Covid-19 akan dimansuhkan dan penduduk England boleh kembali kepada 'kehidupan normal'. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Keputusan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson untuk menamatkan semua sekatan termasuk arahan kuarantin kendiri di England menjelang akhir bulan ini mendapat pelbagai reaksi daripada banyak pihak.

BORIS Johnson – AFP

Antaranya termasuklah Unison, iaitu kesatuansekerja terbesar di Britain yang mempunyai lebih 1.3 juta ahli.

Unison menyifatkan keputusan Johnson itu sebagai ‘keterlaluan dan terburu-buru’ dengan menegaskan virus Covid-19 belum berakhir sepenuhnya.

Kumpulan Penasihat Saintifik untuk Kecemasan (SAGE) turut memberi amaran mengenai ‘bahaya yang mendatang’ susulan hasrat Johnson untuk menjadikan England sebagai negara pertama di dunia yang memansuhkan semua sekatan Covid-19.

Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh YouGov terhadap hampir 4,500 penduduk Britain mendapati tiga per empat daripadanya atau 75 peratus percaya keperluan kuarantin kendiri selepas positif ujian Covid-19 perlu dikekalkan.

Malahan, separuh daripada responden memaklumkan mereka mahu sekatan Covid-19 itu dilaksanakan buat selama-lamanya.

Setiausaha Agung Unison, Christina McAnea berkata, semua orang mahu kembali kepada kehidupan normal, namun risiko Covid-19 belum berakhir sepenuhnya.

“Langkah ini terlalu awal untuk dilakukan. Jangkitan masih banyak berlaku di sekolah, pelajar dan petugas sekolah terjejas.

“Banyak pihak bimbang keputusan ini hanya akan menyebabkan situasi menjadi lebih buruk pada masa akan datang dan menjejaskan lebih banyak pihak berbanding ketika ini,” katanya seperti yang dilaporkan Daily Mail.

 

CUBA UBAH TOPIK?

Dalam pada itu, keputusan Johnson juga disifatkan sebagai usahanya untuk mengubah topik berhubung beberapa tuduhan berkaitan melanggar sekatan Covid-19 ketika perintah berkurung dilakukan pada Mac 2020.

Perdana Menteri Britain itu didakwa melanggar sekatan perintah berkurung dengan menghadiri beberapa majlis dan bagi ‘lari’ daripada isu berkenaan, beliau cuba mengambil hati rakyat dengan mengumumkan rancangan memansuhkan semua sekatan Covid-19.

Setiausaha Kesihatan Scotland, Humza Yousaf menyatakan keputusan Boris tidak dibuat berdasarkan pandangan pakar kesihatan, sebaliknya dilakukan untuk menutupi kesalahannya.

Pakar epidemiologi, Prof. Tim, Spector menegaskan, rancangan memansuhkan semua sekatan Covid-19 kerana bermotifkan politik hanyalah langkah sia-sia dan tidak membuktikan Britain sudah merdeka dari virus itu.

Turut sependapat, pakar kesihatan awam di Universiti Edinburgh, Prof. Devi Sridhar yang menyifatkan tindakan Johnson sebagai tidak bertanggungjawab.

 

NEGARA LAIN MENYUSUL

Sementara itu, beberapa negara Eropah lain dijangka mengikuti jejak langkah Britain untuk memansuhkan semua sekatan Covid-19.

Sepanyol mengumumkan pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka tidak lagi wajib, namun keputusan itu tidak diterima sepenuhnya oleh penduduk di negara itu.

“Dengan pelitup muka, saya berasa lebih terlindung, terutamanya bila di kawasan tumpuan ramai.

“Saya akan terus pakai (pelitup muka) dan hanya menanggalkannya di tempat yang tidak ramai orang,” katanya kepada Reuters.

Selain itu, Belanda juga merancang untuk menghentikan semua sekatan Covid-19 di negara itu menjelang hujung bulan ini.

Keputusan itu menyaksikan semua bar dan restoran boleh beroperasi sehingga 1 pagi berbanding 10 malam sebelum ini.

Peraturan penjarakan sosial di tempat awam turut dimansuhkan, namun pengunjung masih perlu menunjukkan bukti vaksinasi atau hasil keputusan negatif ujian Covid-19. – REUTERS/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya