Banyak pelancong mula masuk Asia Tenggara - Utusan Malaysia

Banyak pelancong mula masuk Asia Tenggara

THAILAND merupakan antara negara Asia Tenggara yang mula membuka pintu sempadan kepada pelancong antarabangsa. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Tempahan tiket penerbangan ke negara Asia tenggara yang mula membuka pintu sempadan meningkat mendadak pada bulan lalu.

Berdasarkan data dari syarikat pelancongan dalam talian, Skyscanner, kemasukan pelancong antarabangsa ke rantau Asia Pasifik menurun sehingga 93 peratus pada tahun lalu, menyebabkan industri penerbangan terjejas.

Namun, situasi berubah selepas Thailand, Filipina, Vietnam, Indonesia dan Singapura mula membuka semula pintu sempadan kepada golongan pelancong.

Tempahan tiket penerbangan pergi dan balik banyak ditempah dari Britain, Amerika Syarikat (AS) dan Jerman yang meningkat antara 19 peratus dan 300 peratus pada Januari lalu berbanding Disember 2021.

Pengarah Kanan Rantau Asia Pasifik Skyscanner, Paul Whiteaway berkata, jumlah kemasukan pelancong meningkat selepas pintu sempadan dibuka dan sekatan Covid-19 mula dilonggarkan.

“Para pelancong sanggup mematuhi semua peraturan yang ditetapkan di sesebuah negara asalkan mereka dapat melancong sekali lagi.

“Dalam tempoh beberapa minggu lagi, kita akan melihat pasaran mula meningkat, syarikat penerbangan mengumumkan jadual baharu dan menambah kapasiti bagi membolehkan penerbangan antarabangsa dilakukan lebih  banyak,” katanya.

Pada Isnin lalu, Australia mengumumkan untuk membuka pintu sempadannya kepada pelancong antarabangsa bermula 21 Februari, menyaksikan tempahan tiket penerbangan meningkat 200 peratus dengan kebanyakan pelancong datang dari Britain. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya