Banyak negara bersatu kenakan sekatan ekonomi terhadap Rusia

Banyak negara bersatu kenakan sekatan ekonomi terhadap Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan sekatan terhadap Rusia susulan pengiktirafan kemerdekaan terhadap dua wilayah kumpulan pemisah di timur Ukraine.  

Sekatan itu disasarkan terhadap 351 ahli Parlimen Rusia yang mengundi untuk mengiktiraf wilayah yang didiami puak pemisah di Republik Rakyat Donetsk (DPR) dan Republik Rakyat Luhansk (LPR). 

Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell dan Menteri Luar Perancis, Jean-Yves le Drian mengumumkan perkara tersebut di Paris, Selasa lalu. 

Selain ahli Parlimen, sekatan turut dikenakan terhadap 27 pegawai dan institusi Rusia serta perbankan. 

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pula mengumumkan satu set sekatan baharu AS ke atas sektor kewangan Rusia.

“Kami akan melaksanakan sekatan penuh ke atas dua institusi kewangan utama Rusia, VEB dan bank tentera mereka. Kami melaksanakan sekatan menyeluruh ke atas hutang kerajaan Rusia.

“Bermakna kami menyekat kerajaan Rusia daripada pembiayaan Barat. Ia tidak lagi boleh mengumpul duit daripada Barat dan tidak boleh melakukan perdagangan baharu di pasaran kami mahupun pasaran Eropah,” katanya. 

Turut senada dengan langkah itu adalah Britain apabila Perdana Menteri, Boris Johnson mengumumkan akan mengenakan sekatan terhadap lima bank Rusia dan tiga individu. 

“Sebarang aset yang mereka pegang di United Kingdom akan dibekukan dan individu terbabit dilarang melancong ke sini.

“Kita juga melarang semua individu serta entiti UK membuat sebarang urusan dengan mereka,” katanya. 

Dalam perkembangan sama, Jepun turut melarang pengeluaran bon Rusia di Jepun dan membekukan aset individu tertentu dari Rusia serta menyekat perjalanan mereka ke Jepun.

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata, sekatan itu dikenakan kerana Rusia mencabul kedaulatan Ukraine dan undang-undang antarabangsa.-AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya