Australia senaraikan Hamas sebagai organisasi pengganas

Australia senaraikan Hamas sebagai organisasi pengganas

PENDUDUK Palestin meraikan persetujuan gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Semenanjung Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Australia hari ini menyenaraikan pergerakan Islam Palestin, Hamas sebagai organisasi pengganas, sekali gus menjadi negara Barat terbaharu yang mengambil pendekatan tersebut.

Canberra sebelum ini menyenaraikan sayap tentera Hamas, Briged al-Qassam sebagai kumpulan pengganas.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Australia, Karen Andrews berkata, ‘tiada tempat untuk Hamas’ di bumi Australia, termasuk sebarang ideologi yang dikeluarkan oleh pergerakan itu.

Australia mendakwa Hamas menganggu pilihan raya Palestin sehingga menyaksikan politik di negara itu berpecah-belah.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett ‘menyambut baik’ keputusan tersebut dan menyifatkannya sebagai ‘langkah penting untuk menentang keganasan’.

Penyenaraian itu bakal menyaksikan tiada mana-mana pihak boleh menyalurkan sokongan atau bantuan kewangan kepada Hamas dan mereka yang terlibat boleh dipenjara sehingga 25 tahun.

“Undang-undang negara ini tidak hanya menyasarkan perbuatan keganasan dan pengganas, mereka yang menyokong organisasi itu juga akan didakwa dan diadili,” kata Andrews.

Amerika Syarikat (AS) sudah lama menyenaraikan Hamas sebagai organisasi pengganas, diikuti beberapa negara Eropah.

Sejak 2007, Hamas berjuang habis-habisan menjaga kebajikan dan hak penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang berterusan ditindas rejim Zionis.

Pergerakan itu sering berbalas tembakan roket dengan pasukan keselamatan Israel, dengan konflik memuncak pada 21 Mei tahun lalu yang menyaksikan pergerakan itu bertempur dengan Zionis.

Ketegangan itu berlangsung selama 11 hari, menyebabkan 260 penduduk Palestin dan 13 orang Israel terkorban. – AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya