Aset tentera: Kerajaan Indonesia diingatkan jangan membazir

Aset tentera: Kerajaan Indonesia diingatkan jangan membazir

INDONESIA menempah 42 jet pejuang Rafale buatan Perancis. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan Indonesia diminta ‘berbelanja secara berhemah’ dalam mengendalikan pembelian 42 jet pejuang Dassault Rafale dari Perancis dan 36 pesawat perang F-15 dari Amerika Syarikat (AS).

Menurut penganalisis pertahanan, Anton Aliabbas, langkah itu penting bagi memastikan kerajaan tidak terjerumus dalam masalah sama yang kini dialami dengan Korea Selatan.

“Memandangkan kos pembelian puluhan aset ketenteraan yang tinggi, mekanisme dan prosedur pembayaran kontrak perlu dikawal supaya masalah pembayaran kontrak perolehan tidak berulang lagi.

“Sebagai contoh, masalah pembayaran kontrak KFX/IFX dengan Korea Selatan yang berlaku ketika ini,” katanya.

Indonesia dan Korea Selatan menandatangani persetujuan kerjasama untuk berkongsi kos pengeluaran jet pejuang KFX/IFX pada 2014 dan 2016.

Dalam kontrak itu, kerajaan Korea Selatan akan menanggung kos perbelanjaan sebanyak 60 peratus dan bakinya dibahagi sama rata antara Indonesia dan Industri Aerospace Korea.

Masalah mula timbul apabila pasukan jurutera negara ini tidak diberi akses menggunakan teknologi di Korea Selatan kerana masalah diplomatik memandangkan Indonesia tidak mempunyai perjanjian teknologi peringkat tinggi dengan Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, kerajaan menegaskan projek berkenaan tetap akan diteruskan kerana Indonesia bakal mengalami kerugian besar jika membatalkannya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya