AS kenakan sekatan baharu terhadap Rusia, Moscow sedia berunding

AS kenakan sekatan baharu terhadap Rusia, Moscow sedia berunding

rusia
Anggota tentera Rusia berkawal di sebuah kawasan berhampiran Ukraine yang mencetuskan kebimbangan kemungkinan berlaku pencerobohan ke atas negara berkenaan. – GAMBAR HIASAN/AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) bakal mengenakan sekatan baharu terhadap Moscow hari ini, berikutan tindakan Rusia menghantar pasukan tenteranya ke timur Ukraine.

Menurut White House, kerajaan AS dan sekutunya saling berhubungan untuk mengenakan sekatan terhadap Rusia dan bakal mengumumkannya dalam masa terdekat.

“Sekatan baharu akan dikenakan terhadap Rusia dalam masa terdekat dan langkah itu seiring dengan apa yang dilakukan negara tersebut ketika ini,” jelas White House.

Langkah itu dibuat selepas Presiden Joe Biden mengenakan sekatan terhadap dua wilayah yang diiktiraf Rusia di Donbass.

AS dan beberapa negara Barat mengutuk tindakan Rusia serta menyifatkannya sebagai mencabul integriti wilayah Ukraine.

Namun, AS ‘tidak berani’ untuk menyifatkan tindakan Rusia yang mengerahkan tentera ke timur Ukraine itu sebagai ‘pencerobohan’.

Hal ini kerana, maklumat yang tidak tepat boleh memburukkan situasi antara Ukraine dan Rusia.

“Kami akan menilai apa yang dilakukan Rusia, malah, kemasukan tentera negara itu ke Donbass bukan lagi satu perkara baharu.

“Tentera Rusia sudah pun berada di wilayah itu sejak lapan tahun lalu,” kata seorang pegawai kerajaan yang enggan dikenali.

Sementara itu, Duta Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vasily Nebenzya menegaskan negara itu masih terbuka untuk mengadakan rundingan diplomasi.

Beliau menyatakan, tindakan yang dilakukan Moscow ketika ini adalah bertujuan melindungi wilayah kumpulan pemisah daripada tindakan agresif tentera Ukraine.

“Kami masih terbuka untuk melakukan rundingan dan kami juga tidak mahu berlaku pertumpahan darah di Donbass,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya