AS cuba heret Rusia berperang di Ukraine - Putin - Utusan Malaysia

AS cuba heret Rusia berperang di Ukraine – Putin

VLADIMIR PUTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin menuduh Amerika Syarikat (AS) yang sebenarnya cuba mengheret negara ini berperang di Ukraine.

Menerusi kenyataan pertama yang dibuat Putin dalam tempoh beberapa minggu, pemimpin itu menegaskan matlamat utama AS adalah menggunakan konfrontasi bagi mengenakan lebih banyak sekatan terhadap Rusia.

Katanya, AS juga tidak mengendahkan kebimbangan Rusia mengenai pasukan pakatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Eropah.

Sejak beberapa minggu lalu, Rusia dilaporkan mengerahkan kira-kira 100,000 anggota tentera lengkap dengan aset ketenteraan ke kawasan sempadan negara itu dengan Ukraine.

Namun, Rusia sehingga kini bertegas tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menyerang Ukraine seperti yang dicanang Barat.

“Pada pandangan saya, AS sebenarnya tidak kisah dengan keselamatan di Ukraine, sebaliknya menjadikan negara itu sebagai ‘alat’ untuk mengekang kemajuan Rusia.

“AS juga tidak mengendahkan kebimbangan Moscow mengenai tuntutan jaminan keselamatan, termasuk sekatan perluasan NATO di timur Eropah.

“Jika Ukraine dibenarkan menyertai NATO, negara anggota yang lain juga berisiko berperang dengan Rusia dan bolehkah anda bayangkan apa yang bakal berlaku? Ujar Putin.

Dalam pada itu di Ukraine, Presiden Volodymyr Zelensky menyatakan pencerobohan Rusia di negara itu tidak menyebabkan ‘perang antara Rusia dan Ukraine, sebaliknya perang skala besar di Eropah’.

Jelas beliau, Ukraine akan mengambil semua langkah bagi memastikan Rusia tidak menguasai negara itu.

Sementara itu, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken memberitahu Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov bahawa sudah tiba masanya Moscow mengundurkan tenteranya dari sempadan jika benar-benar tidak berniat menyerang Kyiv.

AS dan UK sebelum ini turut menekankan Rusia bakal dikenakan lebih banyak sekatan sekiranya menceroboh Ukraine. – REUTERS/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya