AS beri amaran ancaman keganasan di Rusia

AS beri amaran ancaman serangan keganasan di Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Rusia memberi amaran kepada semua penduduknya di negara ini supaya berhati-hati terhadap ancaman serangan keganasan berikutan krisis dengan Ukraine.

Semua rakyat AS di Rusia dinasihatkan supaya mempunyai ‘pelan pemindahan dan tidak hanya bergantung kepada kerajaan AS untuk melakukannya’.

Satu kenyataan dari Kedutaan dan Konsulat AS di Rusia, berdasarkan sumber media, terdapat ancaman serangan keganasan di beberapa pusat membeli-belah, stesen kereta api dan stesen tren bawah tanah serta kawasan tumpuan ramai di beberapa tempat utama termasuk Moscow dan Saint Petersburg.

Amaran itu dikeluarkan selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mendakwa Kremlin mungkin melancarkan serangan senjata kimia palsu untuk mencari ‘tiket’ bagi menceroboh Ukraine dalam tempoh terdekat.

Katanya, Presiden Rusia, Vladimir Putin boleh mencetuskan ‘keganasan atau insiden kekecohan’ sebelum menyerang Ukraine.

Beberapa laporan yang tidak dapat dikenal pasti kesahihannya turut mendakwa Putin sudah pun mengeluarkan arahan kepada para komander untuk meneruskan pencerobohan di Ukraine.

CBS News melaporkan, Rusia ketika ini merancang pelan yang spesifik mengenai pergerakan mereka di medan perang.

Sejumlah pemimpin dunia juga menzahirkan kebimbangan mengenai jangkaan Rusia menyerang Ukraine yang didakwa mungkin berlaku dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Presiden Joe Biden sebelum ini menegaskan pendiriannya bahawa Rusia tetap akan menyerang Ukraine dan menyifatkan ketika ini, hanya ‘masa yang menentukan’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya