RIYADH: Pihak Berkuasa Makanan dan Ubatan Arab Saudi menyita lebih 21 tan produk makanan rosak dan tamat tarikh luput di sebuah kilang penyimpanan tidak berlesen di Madinah.
Lapor Arab News, kilang tersebut melanggar undang-undang kerana menyimpan stok makanan tanpa lesen.
Selain itu, kilang tersebut dilaporkan tidak mengamalkan kebersihan yang baik, menyaksikan banyak kawasan dalam pusat kemudahan itu dipenuhi tikus dan lipas.
Sehubungan itu, kilang tersebut dikenakan denda dan ditutup serta-merta.
Kilang berkenaan hanya boleh beroperasi semula sekiranya memperoleh lesen yang diluluskan pihak berkuasa.