Anggota badan kudung boleh tumbuh semula? - Utusan Malaysia

Anggota badan kudung boleh tumbuh semula?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Para saintis berharap manusia boleh ‘mendapat semula’ anggota badan yang hilang susulan penemuan menakjubkan dalam kajian dilakukan terhadap katak.

Penemuan saintifik baharu penyelidik di dua universiti di Amerika Syarikat (AS) bakal menjadi langkah pertama untuk ‘menumbuhkan semula’ anggota badan yang kudung akibat kemalangan atau dipotong berikutan masalah kesihatan.

Lapor Daily Star, pasukan saintis di Universiti Tufts dan Universiti Harvard menerangkan bagaimana mereka menumbuhkan semula bahagian kaki katak betina dewasa Afrika di dalam makmal.  

Kumpulan penyelidik menggunakan campuran lima jenis ubatan yang diletakkan pada luka di bahagian kaki katak yang dipotong untuk merangsang pertumbuhan semula.

Pasukan penyelidik menggelar ‘bioreaktor boleh pakai’ iaitu berupa silikon kecil digunakan untuk memberi ubatan, sebagai ‘BioDome’.  

“Penggunaan BioDome dalam masa 24 jam pertama dapat ‘meniru’ persekitaran seperti amniotik yang membolehkan proses pertumbuhan semula diteruskan tanpa gangguan tisu parut,” kata ketua penyelidik, David Kaplan.

Selepas tempoh 24 jam, penutup terapeutik dikeluarkan dan keadaan haiwan itu dipantau selama 18 bulan.

Pada akhir tempoh pemerhatian itu, anggota badan katak itu didapati tumbuh dan berfungsi sepenuhnya.

Hasil kajian itu secara tidak langsung memberi harapan bahawa keadaan sama dapat dilakukan untuk manusia pada masa akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya