LONDON: Anak sulung David Beckham, Brooklyn dilaporkan membelanjakan sebanyak AS$100,000 (RM418,813) dan menggunakan khidmat 62 kru untuk merakam videonya menghasilkan sandwic.
Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang menyifatkannya sebagai ‘keterlaluan dan tidak profesional’.
Menerusi rancangan ‘Cookin’ With Brooklyn‘, anak lelaki Beckham itu cuba meraih penonton menerusi skil memasaknya, namun kebanyakan penonton menyifatkan dia sebenarnya tidak boleh memasak, malah tidak mampu menggoreng kentang jika tiada bantuan.
Video berdurasi lapan minit itu menunjukkan Brooklyn menyediakan sandwic yang mudah dan menurut sumber, resepi itu turut ‘dinilai penerbit kulinari profesional’.
Brooklyn yang tidak pernah mendapatkan latihan profesional sebagai chef diktirik hebat kerana didakwa sengaja mempersendakan kerjaya golongan tersebut.
Video itu juga menunjukkan Brooklyn sebenarnya tidak menyediakan keseluruhan sandwic itu secara bersendirian, sebaliknya, dia hanya menyapu mayones dan meletakkan bahan sampingan.
Selain itu, kedengaran dia bertanya jika kentang goreng yang dimasaknya sudah ‘masak atau belum’.