Ambil lebihan makanan dalam peti sejuk punca kaki pelajar dipotong

Ambil lebihan makanan dalam peti sejuk punca kaki pelajar dipotong

JANGKITAN sepsis menyebabkan darah beku pada kaki dan jari mangsa.-JURNAL NEW ENGLAND
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pelajar terpaksa menjalani pembedahan memotong kakinya selepas mengambil lebihan makanan di dalam peti sejuk rumahnya. 

Lapor Daily Star, lelaki yang dikenali sebagai JC menerusi laporan Jurnal Perubatan New England itu didapati mengambil ayam dan mee yang dibeli rakannya dari restoran, malam sebelum dia mengalami kesakitan. 

Mangsa mula mengalami kenaikan suhu badan dan degupan jantungnya merekodkan bacaan 166 degupan seminit semasa dikejarkan ke hospital . 

Mengikut rekod kesihatan, dia tidak mempunyai sebarang alergi dan sudah melengkapkan semua dos vaksin semasa kanak-kanak serta jarang mengambil minuman alkohol. 

Namun, dia didapati menghisap dua kotak rokok setiap minggu dan menghisap ganja setiap hari.

Bagaimanapun, keadaan dirinya semakin teruk dan JC terpaksa dihantar ke hospital lain menggunakan helikopter bagi mendapatkan rawatan lanjut. 

“Pesakit kelihatan agak baik selepas tempoh 20 jam. Dia asalnya sakit perut dan tekak berasa loya selepas makan nasi, ayam dan lebihan makanan yang dibeli dari sebuah restoran. 

“Lima jam sebelum dimasukkan ke hospital, warna kulitnya berubah menjadi keunguan dan rakannya membawa ke bahagian kecemasan hospital,” kata laporan itu. 

JC disahkan menderita jangkitan kuman agresif yang membuatkan buah pinggang dan darahnya membeku.  

Bakteria dalam keputusan ujian darahnya positif bagi Neisseria Meningitidis iaitu sejenis sepsis yang boleh mengancam nyawa. 

JC dijangkiti bakteria melalui air liurnya dan rekod menunjukkan dia tidak mendapatkan suntikan vaksin penggalak bagi meningokokus yang sepatutnya diambil ketika berusia 16 tahun. 

Tisu di jarinya mengalami gangren termasuk bahagian kaki hingga menyebabkan amputasi bahagian semua jari dan bawah lutut. 

Insiden itu kemudian dilabelkan sebagai ‘insiden aneh’ oleh Doktor YouTube, Dr. Bernard dan dia bersyukur pelajar itu terselamat. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya