Afrika Selatan benarkan buru badak sumbu hitam

Afrika Selatan benarkan buru badak sumbu hitam

AFRIKA Selatan meluluskan permit memburu 10 ekor badak sumbu hitam terancam tahap kritikal setiap tahun. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAPE TOWN: Kerajaan Afrika Selatan meluluskan permit memburu dan eksport tahunan bagi spesies haiwan besar termasuk 10 ekor badak sumbu hitam yang hampir pupus dan sejumlah harimau bintang.

Lapor The Guardian, kerajaan itu juga memberi kebenaran untuk lebih 100 gajah dibunuh, selaras dengan undang-undang antarabangsa mengenai perdagangan spesies terancam.

Menurut pihak berkuasa, populasi gajah di Afrika Selatan semakin meningkat dan hanya kurang daripada 0.3 peratus diburu setiap tahun.

“Sebanyak 10 ekor badak sumbu hitam dan 150 ekor gajah boleh diburu,” jelas Kementerian Perhutanan dan Alam Sekitar Afrika Selatan.

Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi menyenaraikan spesies badak sumbu itu sebagai haiwan terancam pada tahap kritikal.      

Namun, bilangan badak sumbu di hutan meningkat dua kali ganda kepada lebih 5,000 berbanding jumlah rendah yang direkodkan tiga dekad lalu.

Kerajaan menjelaskan kuota diperuntukkan untuk badak sumbu adalah berdasarkan anggaran populasi yang menunjukkan ‘trend semakin meningkat pada masa ini’.

Dilaporkan, pemburuan badak sumbu putih secara haram mencetuskan krisis pada 2014 dan 2017 apabila kira-kira 1,000 spesies itu dibunuh setiap tahun.

Sementara itu, kerajaan Afrika Selatan mengumumkan pemburuan harimau bintang akan dihadkan kepada haiwan yang berumur tujuh tahun dan ke atas.

Katanya, pemburuan harimau bintang hanya dibenarkan di kawasan yang mana populasi spesies haiwan itu adalah ‘stabil atau meningkat’.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya