60 maut lombong emas meletup di Burkina Faso

60 maut lombong emas meletup di Burkina Faso

LETUPAN di tapak perlombongan emas di kampung Gbomblora meragut puluhan nyawa pelombong. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BURKINA FASO: Sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dan lebih 100 tercedera dalam letupan di tapak perlombongan emas di kampung Gbomblora, barat daya Burkina Faso.

Lapor The Guardian, renjer hutan, Sansan Kambou yang berada di lokasi kejadian memaklumkan, letupan dipercayai berpunca daripada bahan kimia yang digunakan untuk merawat emas yang disimpan di tapak tersebut. 

“Saya lihat mayat di merata-rata tempat. Keadaan itu amat mengerikan.

“Letupan pertama berlaku pada pukul 2 petang dan disusuli lebih banyak letupan dengan orang ramai berlari menyelamatkan diri masing-masing,” katanya.  

Rakaman imej menunjukkan kesan letupan besar menyebabkan pokok tumbang dan memusnahkan rumah bijih timah dengan mayat bergelimpangan di atas tanah. 

Burkina Faso merupakan pengeluar emas yang paling berkembang pesat di Afrika dan merupakan negara kelima terbesar di benua itu. 

Terdapat seramai 1.5 juta pelombong dan emas menjadi eksport terpenting di negara ini.  

Negara ini juga merupakan lokasi kepada beberapa lombong emas utama yang dikendalikan oleh syarikat antarabangsa. 

Ratusan tapak haram lebih kecil juga didapati beroperasi tanpa pengawasan dan peraturan. 

Lombong emas kecil seperti Gbomblora semakin berkembang dengan kebanyakan emas diseludup ke negara jiran seperti Togo, Benin, Niger dan Ghana. 

Golongan kanak-kanak kerap bekerja di lombong emas dengan kejadian kemalangan adalah perkara biasa berlaku. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya