32 mangsa culik diselamatkan di barat laut Nigeria - Utusan Malaysia

32 mangsa culik diselamatkan di barat laut Nigeria

MANGSA culik yang diselamatkan di Zamfara. - PREMIUM TIMES
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAGOS: Polis Nigeria memaklumkan seramai 32 orang yang diculik oleh kumpulan pemberontak,  dibebaskan di beberapa kawasan di barat laut wilayah Zamfara.

Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap polis Zamfara, Mohammed Shehu dalam sidang akhbar yang diadakan di Gusau.

Menurut Mohammed Shehu, polis dengan kerjasama agensi keselamatan lain menjalankan operasi menyelamatkan mangsa yang diculik di Niger, Katsina dan wilayah Zamfara.

Beliau berkata, kesemua mangsa itu berjaya diselamatkan antara Rabu hingga Ahad lalu.

Katanya, mangsa yang diselamatkan akan dihantar untuk pemeriksaan kesihatan sebelum dibawa untuk bertemu semula dengan keluarga masing-masing.

Sejak beberapa bulan lalu, siri serangan kumpulan lelaki bersenjata berlaku di utara Nigeria sehingga menyebabkan kematian dan penculikan. – XINHUA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya