18 maut kejadian tanah runtuh, banjir di Brazil - Utusan Malaysia

18 maut kejadian tanah runtuh, banjir di Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya 18 orang maut dalam kejadian tanah runtuh dan banjir akibat hujan lebat di sebuah bandar pelancongan di kawasan pergunungan berhampiran Rio De Janeiro.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Rio De Janeiro mengesahkan kejadian itu dalam satu kenyataan.

Jelas kenyataan itu, lebih 180 anggota bomba dan penyelamat lain berada di lokasi kejadian di bandar bukit Petropolis, kira-kira 68 kilometer (km) di utara Rio De Janeiro.

Dilaporkan, majlis perbandaran mengisytiharkan situasi bencana.

Beberapa gambar memaparkan kediaman penduduk musnah dan kenderaan dihanyutkan air deras banjir, tular dalam laman media sosial.

Banyak kedai ditenggelami sepenuhnya air banjir yang terus naik di jalanan seluruh bandar bersejarah itu.

Sementara itu, agensi meteorologi MetSul memaklumkan beberapa kawasan di Petropolis menerima taburan hujan hingga 260 milimeter dalam tempoh kurang enam jam.

Katanya, jumlah itu lebih daripada jangkaan untuk sepanjang bulan ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya