137 terkorban di Ukraine pada hari pertama peperangan - Utusan Malaysia

137 terkorban di Ukraine pada hari pertama peperangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV:Serangan Rusia terhadap Ukraine terus berlangsung biarpun beberapa negara Barat mengecam hebat dan mengenakan lebih banyak sekatan ke atas Moscow.

Serangan roket dan peluru berpandu dilaporkan berlaku di beberapa bandar di seluruh Ukraine, selepas Presiden Vladimir Putin melancarkan serangan besar-besaran menerusi darat dan udara.

Keadaan itu menyaksikan penduduk Ukraine berasak-asak untuk keluar dari Kyiv, malah ada yang sanggup duduk di stesen tren bawah tanah kerana bimbang rumah mereka dibom.

Setakat ini, lebih 100,000 ‘kehilangan tempat tinggal’ dan sekurang-kurangnya 137 anggota tentera negara ini termasuk penduduk awam terkorban akibat serangan Rusia.

Pihak berkuasa Ukraine mendakwa Rusia sudah menawan kawasan loji nuklear Chernobyl, selain cuba menguasai pangkalan udara Gostomel di pinggir Kyiv.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Rusia menyifatkan ‘hari pertama mereka’ dilaksanakan penuh kejayaan dengan lebih 70 sasaran ketenteraan Ukraine diserang, termasuk 11 pangkalan udara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya